Sunday, January 29, 2012

2012

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة,

Dengan lafaz بـــــسم الله الرّ حـــــمن الرّحـــــيم,
saya mulakan blog untuk tahun 2012 dengan kemaskinian dan rangkuman peristiwa yang masih segar di ingatan. Ianya tidak terhad pada kerja, tetapi juga kehidupan seharian dan pembacaan.

Pencapaian tahun 2011.
Kerja - Tiada (baca : gagal untuk mengingati detik2 penting)
Hidup - mendapat khabar gembira bahawa rumah telah siap dibina, perlu menyelesaikan beberapa perkara terutamanya pembayaran (maintenance fees, final disbursement, interest fee etc) sebelum pengambilan kunci.

Harapan tahun 2012.
Kerja - Penglobian untuk kerja2 pengujian terhadap kad pintar khususnya MyKAD akan berhasil
Hidup - dapat berpindah, bermuzakah sesama penduduk setempat dan aktif dalam komuniti

Sudah tentu azam tahun nih adalah untuk menjadi ayah, suami dan anak yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Itu dikira misi, manakala tindakan dan aktivitinya pula ialah yang pertama, solat 5 waktu dan juga menqada solat2 yang tertinggal pada tahun2 yang lepas. manakala yang kedua pula adalah untuk menambah ilmu agama tidak kira melalui pembacaan atau kuliah agama.

coretan ringkas ini hasil dari detikan hati pada pagi isnin 30 januari 2012.

Thursday, December 16, 2010

Lega...

Siapppppp.....

Itulah ungkapan yang didengari semalam.. dengan muka yang penuh ceria dan bersemangat.. walaupun terdapat garisan hitam di bawah mata yang menandakan tidak cukup tidur. Puas hati dan juga puas jantung. Hilang segala tekanan dan juga kesensaraan.

Zreeet... zreeet... bunyi kertas dicarik-carik oleh sebuah mesin yang agak uzur tetapi masih lagi buleh melakukan kerja dengan baik demi mencapai objektif syarikat untuk menyimpan rahsia-rahsia projek.

Punye la focus kat zreet.. zreeet sampai sejam lebih.. rupanya banyak jugak dokumen dan laporan yang telah di cetak demi menyiapkan projek yang telah ditugaskan. walaupun sukar dan agak mustahil, tetapi dengan ketekunan dan komitmen yang ditunjukan oleh rakan sepasukan, ianya berjaya disiapkan.

Siap projek adalah perkara pokok, tetapi bagaimana pula dengan perancangan? adakan dengan kejayaan menyiapkan projek dalam jangka masa diberi dikira berjaya dengan cemerlang atau masih terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti kualiti, kos dan tenaga kerja.

Banyak juga aktiviti lain yang tidak dapat dihadiri atau di sertai kerana komitmen kerja. Nampaknya perancangan tahun ini kurang berkesan, banyak yang perlu diperbaiki. Seperti kata jurulatih bolasepak, walaupun bekalan kita 2 gol, tetapi itu belum menjamin tempat di perlawanan akhir nanti.

Seronok juga melihat kecermerlangan pemain muda bolasepak kita yang berjaya menyerap asakan pemain Vietnam. Dan nampak jelas stamina memainkan peranan penting apabila minit ke 60 dan seterusnya, serangan bertali arus dari bahagian tengah Malaysia mula merbahaya dan dengan tendakan percuma yang didapati dari luar kawasan penalti, telah ditanduk oleh penyerang dan menghasilkan gol. Satu tindakan dan telahan yang tepat dan berkualiti.

Semoga wabak penyakit 'over-confident' dan tidak melawan tidak melanda pemain muda kita yang sedang meningkat naik sekarang ini.

Wednesday, October 20, 2010

20 10 2010

Tarikh yang menarik hari ini. tapi tak tahu untung rugi, tak tahu ying yang. cuma sedap mata bila melihat. pokok yang hentak ditulis di sini ialah betapa cepatnya masa berlalu.

rasa baru seminggu dua berpuasa..
rasa baru seminggu dua menyambut hari raya..
rasa baru seminggu dua menyerbu ke rumah terbuka..

Banyak cerita yang hendak di paparkan, keputusan RMK10 bagi jabatan, pembentangan bajet 2011 oleh perdana menteri, isu kemalangan yang melibatkan bas dan lain-lain. Oh berkenaan dengan kilometer 223, tempat berlakunya kemalangan tersebut, kereta wira pernah berhenti di kilometer 224 kerana asap keluar dari engin. bernasib baik kerana kepulan asap berkenaan datang dari 'compressor' pendingin udara dan bukan dari engin. setelah bantuan dari PLUS datang dan menolong, wira tersebut buleh meluncur kembali tanpa pendingin udara.

Wednesday, October 6, 2010

Shawal

Bulan ramadhan tak sempat nak tulis, bulan syawal pun dah ujung. Baru ada kesempatan untuk menulis. bukan kesempatan pun, tetapi lebih kepada 'mood'.

Ada satu ustaz yang buat tazkirah sempena ramadhan berkata, buleh tak kita istiqamah ke masjid/ surau untuk magrib dan isya' seperti yang kita lakukan semasa ramadhan? Aduh ustaz, tak mampu saya, ustaz. Tolak seminggu beraya di kampung, bila mula sahaja bertugas, tidak mampu untuk diri ini ke masjid/surau. Kalau sebulan lepas, Zohor pun jemaah, tika ini pukul 3pm baru nak jejak kaki ke surau untuk menunaikan zohor.

Ada satu ustaz yang buat tazkirah lagi berkata, macam mana kita nak dapat khusyuk dalam solat? Khusyuk kita bila didalam hati hanya ada Allah. Aduh ustaz, tak mampu untuk saya buang duniawi ini. Baru angkat takbir, teringat kerja-kerja pejabat yang perlu dilakukan. Baru angkat takbir, teringat kejap lagi kena bergerak ke suatu tempat untuk urusan. Baru angkat takbir, teringat urusan bil-bill yang masih belum selesai, hutang piutang yang belum mampu dilangsaikan.

Itupun nasib baik urusan rumahtangga banyak dibantu oleh pasangan hidup, kalau tidak mau juga teringat pasal nak masak apa? anak-anak dah bersiap ke sekolah ke belum? kain baju dah basuh dan disidai ke? rumah dah dikemas ke belum.

Konsep rumah terbuka? Ooh tahun nih tiada, bukan sebab rumah tertutup, bukan kerana tiada bajet. Tetapi 'mood kureng' kata org muda sekarang. Jadi jika ada mana-mana jiran tetangga, sahabat handai dan rakan-rakan yang datang kerumah, tetap disambut baik bak motto kerajaan 'secara sederhana tetapi meriah'. Walaupun tiada masakan istimewa, kuih muih dan air bujang sedia menanti.

Sebagai penutup, banyak lagi perubahan diri dan persekitaran yang perlu dilakukan. Kita tidak pasti adakah kita akan mendapat peluang lagi tahun depan untuk berjumpa ramadhan.

Sunday, July 25, 2010

CIUM

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Jadi bagaimana? CIUM?

Wednesday, July 14, 2010

workaholic & solatholic


"Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”
Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.
“Jadi apa masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa
akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja
beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”
“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama.
Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.
“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”
“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.
Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”
“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”
“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”
Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”
“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya
dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.
Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”
Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan
dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”
“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”
“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”
Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”
“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”
“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.
Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!
Petikan daripada blog Al-Fadhil Ustaz Pahrol Md Juoi

Sunday, June 13, 2010

My rainbow..

Your rainbow is shaded green.

 
 
 
 
 
 
 

What is says about you: You are an intelligent person. You feel strong ties to nature and your mood changes with its cycles. Those around you admire your fresh outlook and vitality.

Find the colors of your rainbow at spacefem.com.